Perkhidmatan Penjagaan tradisional Postnatal (PTP) di Peringkat Penjagaan Kesihatan Primer PENGENALAN Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan Pelan transformasi Perkhidmatan Perubatan tradisional dan Komplementari (PT&K)Penjagaan Tradisional Postnatal (PTP) di peringkat penjagaan kesihatan primer pada tahun 2018. Melalui pelan ini, pihak KKM bekerjasama dengan pengamal-pengamal PTP swasta untuk memberikan perkhidmatan PTP kepada ibu postnatal. Pengamal-pengamal PTP dipilih mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan dan mereka perlu mengikuti 'Latihan Kesihatan untuk Pengamal PTP' agar penyampaian perkhidmatan ini adalah selamat. Anggota Kesihatan KKM akan membuat saringan terhadap ibu postnatal. Sekiranya layak, ibu postnatal akan diberikan pilihan untuk mendapatkan perkhidmatan PTP yang direkrut. Perkhidmatan ini dilaksanakan di rumah pelanggan dan caj perkhidmatan di bayar terus kepada pengamal berdasarkan persetujuan antara pengamal dan pelanggan. T...