Perkhidmatan Penjagaan tradisional Postnatal (PTP) di Peringkat Penjagaan Kesihatan Primer PENGENALAN Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan Pelan transformasi Perkhidmatan Perubatan tradisional dan Komplementari (PT&K)Penjagaan Tradisional Postnatal (PTP) di peringkat penjagaan kesihatan primer pada tahun 2018. Melalui pelan ini, pihak KKM bekerjasama dengan pengamal-pengamal PTP swasta untuk memberikan perkhidmatan PTP kepada ibu postnatal. Pengamal-pengamal PTP dipilih mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan dan mereka perlu mengikuti 'Latihan Kesihatan untuk Pengamal PTP' agar penyampaian perkhidmatan ini adalah selamat. Anggota Kesihatan KKM akan membuat saringan terhadap ibu postnatal. Sekiranya layak, ibu postnatal akan diberikan pilihan untuk mendapatkan perkhidmatan PTP yang direkrut. Perkhidmatan ini dilaksanakan di rumah pelanggan dan caj perkhidmatan di bayar terus kepada pengamal berdasarkan persetujuan antara pengamal dan pelanggan. T...
SEJARAH KLINIK KESIHATAN LALOH Sejarah Awal Penubuhan Bermula sebagai Klinik Desa Laloh dibukla pada awal tahun 1960an dengan seorang Bidan Terlatih. Klinik Desa Laloh waktu itu berfungsi memberi kemudahan perkhidmatan kesihatan terutama berkaitan dengan ibu dan anak kepada penduduk sekitar. Selain itu untuk pesakit luar dengan perkhidmatan rawatan ringan juga diberikan. Bangunan asal klinik berdinding papan dan juga sebuah rumah bidan dala, pagar yang sama dengan bangunan klinik/ Seiring perjalanan waktu itu selepas hampir 50 tahun bangunan lama dirobohkan dan berganti dengan bangunan batu yang baru di atas tapak asal. Bangunan Klinik Desa Laloh berdinding batu mula digunakan pada tahun 2009. Pertambahan penduduk semakin ramai, dan Klinik Desa Laloh dinaik taraf sebagai Klinik Kesihatan Laloh Type 6 pada 1hb februari 2011. Pelbagai skop perkhidmatan kesihatan ditawarkan dan ditambah seperti Rawatan Pesakit Luar, Farmasi dan lain-lain.Perjawatan baru juga bertambah termasuk Pegaw...