Langkau ke kandungan utama

Info Klinik Kesihatan Laloh

 SEJARAH KLINIK KESIHATAN LALOH

Sejarah Awal Penubuhan

Bermula sebagai Klinik Desa Laloh dibukla pada awal tahun 1960an dengan seorang Bidan Terlatih.

Klinik Desa Laloh waktu itu berfungsi memberi kemudahan perkhidmatan kesihatan terutama berkaitan dengan ibu dan anak kepada penduduk sekitar. Selain itu untuk pesakit luar dengan perkhidmatan rawatan ringan juga diberikan.

Bangunan asal klinik berdinding papan dan juga sebuah rumah bidan dala, pagar yang sama dengan bangunan klinik/

Seiring perjalanan waktu itu selepas hampir 50 tahun bangunan lama dirobohkan dan berganti dengan bangunan batu yang baru di atas tapak asal. Bangunan Klinik Desa Laloh berdinding batu mula digunakan pada tahun 2009.

Pertambahan penduduk semakin ramai, dan Klinik Desa Laloh dinaik taraf sebagai Klinik Kesihatan Laloh Type 6 pada 1hb februari 2011. Pelbagai skop perkhidmatan kesihatan ditawarkan dan ditambah seperti Rawatan Pesakit Luar, Farmasi dan lain-lain.Perjawatan baru juga bertambah termasuk Pegawai Perubatan, Pegawai Farmasi, Penolong Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Farmasi, Jururawat Kesihatan, Jururawat Masyarakat, Pembantu Am, Pembantu Perawatan Kesihatan dan Pemandu Kenderaan.

Pada Disember 2014, Klinik Kesihatan Laloh antara Klinik yang telah ditenggelami banjir besar bah kuning. Selepas banjir surut, perkhidmatan diteruskan di dalam khemah sementara menunggu bangunan klinik sesuai dan disahkan boleh digunakan oleh pihak berwajib.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Perkhidmatan Penjagaan tradisional Postnatal (PTP) di Peringkat Penjagaan Kesihatan Primer

  Perkhidmatan Penjagaan tradisional Postnatal (PTP) di Peringkat Penjagaan Kesihatan Primer PENGENALAN Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan Pelan transformasi Perkhidmatan Perubatan tradisional dan Komplementari (PT&K)Penjagaan Tradisional Postnatal (PTP) di peringkat penjagaan kesihatan primer pada tahun 2018. Melalui pelan ini, pihak KKM bekerjasama dengan pengamal-pengamal PTP swasta untuk memberikan perkhidmatan PTP kepada ibu postnatal. Pengamal-pengamal PTP dipilih mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan dan mereka perlu mengikuti 'Latihan Kesihatan untuk  Pengamal PTP' agar penyampaian perkhidmatan ini adalah selamat. Anggota Kesihatan KKM akan membuat saringan terhadap ibu postnatal. Sekiranya layak, ibu postnatal akan diberikan pilihan untuk mendapatkan perkhidmatan PTP yang direkrut. Perkhidmatan ini dilaksanakan di rumah pelanggan dan caj perkhidmatan di bayar terus kepada pengamal berdasarkan persetujuan antara pengamal dan pelanggan. T...